Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 sekeluarga maut dalam kebakaran

    ISTANBUL, 17 FEB – Lima kanak-kanak Syria dan ibu bapa mereka maut hari ini dalam kebakaran yang melanda sebuah rumah yang baru diduduki mereka di Turkiye selepas terselamat daripada gempa bumi minggu lalu, lapor media tempatan.

    Keluarga itu telah berpindah ke rantau tengah Konya dari tenggara bandar Turki Nurdagi, yang terjejas teruk akibat gempa pada 6 Februari.

    Agensi berita Anadolu berkata lima kanak-kanak berkenaan berusia di antara empat dan 13 tahun.

    “Kami ternampak kebakaran tetapi tidak dapat melakukan apa-apa. Seorang budak perempuan berjaya diselamatkan dari tingkap,” beritahu penduduk tempatan Muhsin Cakir kepada Anadolu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda