Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 lukisan dan karya seni dipamerkan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Lebih 80 lukisan dan karya seni daripada pelukis Brunei dan juga India dipamerkan di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi India di Kota Batu dalam Pameran Seni Kala, hari ini, anjuran Suruhanjaya Tinggi India ke Brunei dan Persatuan Telugu.

    Hadir pada acara itu ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei, Tuan Yang Terutama Alok A Dimri serta duta-duta, diplomat asing ke Brunei dan tetamu yang lain.

    Pameran seni ini merupakan platform yang menawarkan peluang kepada artis India dan Brunei untuk mempamerkan kreativiti dan menggilap bakat pelukis. Pada masa yang sama memberikan peluang hasil karya mereka dipamerkan kepada orang ramai.

    Selain itu, Pameran Kala diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78, dan memperingati hubungan diplomatik ke-40 Tahun di antara Brunei Darussalam dan India.

    Di pameran itu, media berpeluang menemu bual dua pelukis dari India yang telah berkongsi perjalanan mereka dalam seni lukis, di mana menurut Ritu, beliau mula melibatkan diri dalam seni lukis sejak tiga tahun yang lalu.

    TYT Alok A Dimri menyampaikan cenderhati kepada peserta pameran. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara karya lukisan yang dipamerkan di Pameran Kesenian Kala. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    Katanya, “menghasilkan seni ini adalah sebahagian daripada kreativiti yang kebanyakkan dihasilkan daripada inspirasi yang diperolehi dan dilihat dari keadaan sekeliling”.

    Manakala Punam Phalle pula yang lebih ke arah lukisan realistik di mana beliau lebih suka kepada lukisan yang terperinci seperti mata, bahagian muka, barang perhiasan dan sebagainya.

    “Memberi tumpuan kepada kerja seni yang realistik lebih mencabar berbanding seni abstrak,” jelasnya.

    Kerja seni yang dipamerkan dalam pelbagai medium seni seperti penggunaan minyak akrilik, warna air, gauche dan arang yang menggambarkan pelbagai emosi daripada still life dan potret kepada landskap, hidupan liar dan motif seni India yang dibuat dengan teliti yang mempamerkan tradisi seni dalam rona terang.

    Acara tersebut diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta pameran
    yang disampaikan oleh TYT Alok A Dimri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda