Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agensi migrasi PBB perlukan AS$7.9 bilion tahun ini

    GENEVA, 22 JAN – Agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melancarkan rayuan tahunan global pertamanya hari ini, meminta hampir AS$8 bilion untuk tahun ini sahaja bagi menguruskan skala perpindahan penduduk yang semakin meningkat.

    Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) berkata ia memerlukan sekitar AS$7.9 bilion pada 2024 untuk ‘menyelamatkan nyawa dan melindungi orang ramai yang berpindah, memacu penyelesaian kepada perpindahan dan memudahkan laluan selamat untuk penghijrahan biasa’.

    “Penghijrahan yang tidak teratur dan secara paksa telah mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan cabaran yang kami hadapi semakin kompleks,” kata ketua IOM, Amy Pope dalam satu kenyataan.

    “Buktinya sangat besar bahawa penghijrahan, apabila diuruskan dengan baik, merupakan penyumbang utama kepada kemakmuran dan kemajuan global,” kata Pope, yang Oktober lalu menjadi wanita pertama menerajui organisasi itu.

    “Kami berada pada masa yang kritikal dan kami telah merangka rayuan ini untuk membantu menunaikan janji itu,” katanya.

    “Kita boleh dan mesti melakukan yang lebih baik.”

    IOM diasaskan lebih 70 tahun lalu, tetapi hanya menjadi agensi PBB pada 2016 sebagai operasi yang lebih kecil dan selari dengan UNHCR, yang memfokuskan kepada pelarian. – AFP

    Pope bercakap semasa sidang akhbar di Geneva, Switzerland, pada 15 Mei 2023. Menurutnya, IOM memerlukan AS$7.9 bilion pada tahun ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda