Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agensi mohon maaf tipu kematian Poonam Pandey

    Pada 2 Februari lalu, industri perfileman Bollywood dikejutkan dengan berita kematian model dan pelakon Poonam Pandey akibat kanser.

    Memetik kenyataan mStar, berita itu rupa-rupanya palsu yang dilakukan sendiri oleh pihak pengurusan Poonam iaitu Schbang.

    Menerusi kenyataan di Instagram, Schbang memohon maaf atas tindakan itu khususnya kepada pesakit yang sedang berjuang melawan kanser.

    Jelas syarikat itu, kontroversi itu sengaja dicetuskan dengan tujuan meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks kepada orang ramai.

    “Ya kami terlibat dalam inisiatif untuk Poonam menyebarkan kesedaran tentang kanser serviks dengan kerjasama Hauterfly.

    “Sebagai permulaan, kami ingin memohon maaf seikhlasnya terutama kepada mereka yang pernah menghadapi atau mempunyai ahli keluarga pesakit kanser.

    “Tindakan kami didorang oleh misi tunggal iaitu untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks. Pada 2022, India mencatatkan 123,907 kes kanser serviks dengan 77,348 daripadanya berakhir dengan kematian,” katanya.

    Sebelum ini, pihak pengurusan Poonam mengumumkan berita kematiannya akibat kanser serviks yang mencetuskan tanda tanya orang ramai. – Agensi

    Poonam tampil mohon maaf dan menjelaskan dia masih lagi hidup. – gettyimages
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda