Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli parlimen dipenjara dua tahun hina raja

    BANGKOK, 27 MEI – Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang ahli parlimen daripada Parti Move Forward (MFP) hari ini kerana menghina monarki.

    Chonthicha Jaengraew didapati bersalah di bawah undang-undang lese-majeste yang ketat di Thailand berhubung ucapannya semasa protes anti-kerajaan pada 2021.

    MFP memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum tahun lalu tetapi disekat daripada membentuk kerajaan oleh pasukan konservatif yang menentang ikrarnya untuk memperbaharui undang-undang fitnah diraja, yang melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarga terdekatnya daripada kritikan.

    Mahkamah di Thanyaburi, utara Bangkok, mengurangkan hukuman daripada tiga tahun kerana Chonthicha memberi kerjasama, kata peguamnya kepada AFP.

    Mahkamah membebaskan ahli parlimen itu dengan jaminan AS$4,000 sementara menunggu rayuan, tambah peguam itu.

    Terdapat peningkatan dalam tuduhan di bawah undang-undang lese-majeste yang dikenali di Thailand sebagai ‘112’ berdasarkan seksyen berkaitan dalam kod jenayah sejak protes jalanan pro-demokrasi yang diketuai belia pada tahun 2020. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda