Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli perniagaan Vietnam dalam pelarian dijatuhi hukuman penjara

    HANOI, 26 OKT – Seorang ahli perniagaan wanita Vietnam yang melarikan diri telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun hari ini, hukuman kedua yang dijatuhkan tanpa kehadirannya ketika pihak berkuasa komunis negara itu meneruskan usaha pembersihan antirasuah.

    Nguyen Thi Thanh Nhan, bekas pengerusi Advanced International Joint Stock Com-pany (AIC), didakwa bersubahat dengan pegawai-pegawai tempatan untuk memalsukan dokumen bidaan bagi pembelian peralatan perubatan di sebuah hospital di wilayah Quang Ninh.

    Mahkamah mendapati dia bersalah atas ‘pelanggaran peraturan pembidaan, menyebabkan akibat yang serius’.

    Tiga belas yang lain dijatuhkan hukuman antara hukuman tertangguh penjara 30 bulan hingga tujuh tahun penjara atas pertuduhan yang sama.

    Nhan, 54, telah melarikan diri dari Vietnam, dan keberadaannya masih belum dapat dipastikan. Pada Ogos, sebuah akhbar Jerman melaporkan bahawa dia telah melarikan diri ke Jerman.

    Polis Vietnam telah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa.

    Pada Januari, Nhan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dalam kes rasuah berkaitan perolehan peralatan di projek hospital di wilayah Dong Nai. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda