Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AI ancam hak asasi manusia

    GENEVA, 19 FEB – Ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai ancaman besar teknologi kecerdasan buatan manusia (AI) kepada hak asasi manusia.

    Minggu ini lebih daripada 60 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China menggesa kawalan selia AI dalam pertahanan dilaksanakan untuk memastikan ia ‘tidak menjejaskan keselamatan, kestabilan dan akauntabiliti antarabangsa’.

    Timbul kebimbangan yang semakin meningkat mengenai perkara seperti dron dipandu AI, ‘slaughterbots’ yang boleh membunuh tanpa campur tangan manusia dan risiko kecerdasan buatan boleh meningkatkan konflik ketenteraan.

    “Saya amat terganggu dengan potensi bahaya kemajuan terkini dalam kecerdasan buatan.
    “Agensi manusia, maruah manusia dan semua hak asasi manusia berdepan risiko serius.
    Ini adalah seruan mendesak kepada pihak perniagaan dan kerajaan untuk membangunkan benteng berkesan yang amat diperlukan,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk.

    Kecerdasan buatan kini mula memasuki kehidupan seharian, merevolusikan carian internet, mengubah cara untuk memantau kesihatan dan mengemukakan inovasi baharu seperti aplikasi yang mampu menjana pelbagai jenis kandungan bertulis dalam beberapa saat atas permintaan mudah.

    Pengkritik juga membangkitkan isu seperti pelanggaran privasi dan algoritma berat sebelah.

    “Kami akan mengikuti perkara ini dengan teliti, memberikan kepakaran khusus kami dan memastikan bahawa dimensi hak asasi manusia kekal menjadi keutamaan,” kata Turk. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda