Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktivis, ahli Kongres AS adakan tunjuk perasaan

    WASHINGTON, 28 NOV – Sekumpulan ahli kongres, aktivis dan pelakon di Amerika Syarikat (AS) melancarkan tunjuk perasaan lima hari bermula kelmarin.

    Tunjuk perasaan itu diadakan di luar Rumah Putih bagi menggesa gencatan senjata kekal di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

    Antara peserta penunjuk perasaan itu ialah pelakon Cynthia Nixon, Ahli Kongres dari New York dan Delaware serta aktivis dari pelbagai organisasi seperti US Campaign for Palestinian Rights (USCPR) dan Jewish Voice for Peace (JVP) selain pemimpin-pemimpin Muslim, Yahudi dan bersekutu terkemuka.

    Nixon berkata seminggu selepas cuti Thanksgiving, fokus orang ramai menjadi terganggu dan lebih tertumpu kepada cuti Krismas yang akan datang pada Disember.

    Tunjuk perasaan itu dibuat ketika Qatar mengumumkan lanjutan gencatan senjata sementara selama dua hari lagi di Gaza. – Bernama

    Pelakon Amerika Syarikat, Cynthia Nixon (tengah), bersama dengan ahli kongres dan aktivis mengadakan tunjuk perasaan bagi gencatan senjata di Gaza, di hadapan Rumah Putih, di Washington, DC, pada 27 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda