Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak PM Pakistan berdepan dakwaan rasuah

    ISLAMABAD, 11 DIS – Anak lelaki Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Sharif kembali ke tanah air hari ini selepas empat tahun berada di London untuk berdepan dakwaan rasuah yang difailkan ke atasnya pada 2020.

    Suleman Shahbaz tiba di Islamabad awal hari ini dan menaiki penerbangan untuk sampai ke bandar kelahirannya di Lahore selepas perjumpaan dengan ayahnya di kediaman perdana menteri, kata jurucakap bagi parti Liga Muslim Pakistan, Ata Tarar.

    Peguam Suleman Shahbaz mendapatkan jaminan perlindungan untuknya dari Mahkamah Tinggi Islamabad minggu lalu yang akan berkuat kuasa sehingga Selasa. Ia menghalang penyiasat persekutuan untuk menahannya sehingga tempoh tersebut supaya dia boleh menyerah diri sebelum perbicaraan di mahkamah.

    Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) di Lahore mendakwa Sharif dan dua anaknya, Hamza dan Suleman, dengan tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram pada November 2020. Suleman terbang ke London menjelang pilihan raya umum 2018 apabila badan anti penipuan negara itu mengemukakan beberapa kes terhadapnya. – AP

    Shahbaz Sharif semasa bercakap pada sidang media di Islamabad & April lalu. Anak kepada perdana menteri itu kembali ke rumah untuk berdepan dakwaan rasuah.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda