Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota UNSC terus desak gencatan senjata di Gaza

    WASHINGTON, 24 JAN – Negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) terus mendesak gencatan senjata di Semenanjung Gaza semasa mesyuarat kelmarin yang membahaskan situasi di Asia Barat, termasuk isu Palestin, lapor agensi berita Anadolu (AA).

    Dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, mesyuarat itu melibatkan menteri luar kanan dan duta-duta dari 15 anggota UNSC, bersama wakil tetap dari negara lain dalam menyatakan pandangan mereka mengenai krisis yang semakin meruncing di Gaza.

    Rantau itu berdepan krisis kemanusiaan akibat operasi ketenteraan berterusan Israel yang mengakibatkan peningkatan jumlah kematian dan seruan untuk gencatan senjata segera.

    Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi menekankan keperluan mendesak, dengan menyatakan ‘masa semakin suntuk’ dan menggesa Majlis untuk menuntut gencatan senjata serta melaksanakan resolusi berkaitan bantuan kemanusiaan.

    “Hentikan pembunuhan beramai-ramai ini. Mengguna pakai resolusi Majlis Keselamatan yang mengikat untuk menamatkan penderitaan ini adalah yang paling minimum yang boleh dilakukan sekarang. Penyelesaian separa tidak akan mencapai keamanan,” kata Safadi.

    Menarik perhatian impak Israel terhadap penyelesaian dua negara, Safadi berkata, “Pendudukan, keganasan dan peperangan tidak boleh terus menghantui rantau kami.”

    Mengulas perkara sama, Timbalan Menteri Luar Arab Saudi, Waleed El Khereiji menekankan keutamaan bagi mengurangkan penderitaan dan menamatkan konflik di Palestin. Beliau menyeru UNSC untuk memastikan gencatan senjata segera. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda