Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian meningkat ketika Israel serbu Tebing Barat

    SEMENANJUNG GAZA, 21 JAN – Pertempuran berkecamuk di seluruh Gaza dan unit rejim Zionis Israel menyerbu Tebing Barat pada hari ini selepas Perdana Menteri Zionis Israel, Benjamin Netanyahu, yang telah menghadapi kritikan domestik yang semakin meningkat, menolak gesaan untuk ‘kedaulatan Palestin’ pasca perang.

    Di samping pertempuran sengit di selatan Gaza dan merentasi wilayah yang dikepung, serangan di Syria dan Iraq menimbulkan kebimbangan akan kebakaran yang lebih meluas.

    Kementerian kesihatan Gaza yang dikendalikan pejuang Hamas melaporkan sekurang-kurangnya 165 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam sebelumnya – lebih dua kali ganda jumlah korban pada hari Jumaat.

    Wartawan AFP melaporkan tembakan, serangan udara dan tembakan kereta kebal yang amat berat di Khan Yunis, bandar utama selatan Gaza.

    Saksi juga memberitahu AFP bahawa bot Israel mengebom Bandar Gaza dan kawasan lain di utara awal hari ini.

    Di Rafah, berhampiran sempadan dengan Mesir, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serangan yang melanda apa yang dikatakan oleh kementerian kesihatan Gaza sebagai kereta awam.

    Israel mendesak ke arah selatan terhadap Hamas, selepas tentera rejim berkata pada awal Januari struktur perintah pejuang Hamas di utara Gaza telah dibongkar, hanya meninggalkan pejuang terpencil.

    Tetapi Hamas juga telah melaporkan pertempuran sengit di utara Gaza ketika tentera Israel berkata tenteranya, disokong oleh sokongan udara dan tentera laut, menyerang infrastruktur pejuang di seluruh wilayah Palestin. – AFP

    Rakyat Palestin memeriksa bangkai kereta yang dilaporkan terkena serangan Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada kelmarin, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin Hamas. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda