Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi tarik 100 juta pelancong tahun 2023

    RIYADH, 6 FEB – Arab Saudi menarik 27 juta pelancong asing pada 2023 dan lebih dua kali ganda sasarannya untuk penghujung dekad itu, kata seorang pegawai hari ini.

    Pengumuman itu dibuat kurang daripada lima tahun selepas kerajaan Teluk itu membuka sepenuhnya negara kepada pelancongan.

    “Kami telah mencapai 100 juta pelancong tahun ini, 77 juta dari dalam negara, 27 juta dari luar negara, lebih 100 juta,” kata Menteri Pelancongan, Ahmed Al Khateeb pada persidangan yang dianjurkan oleh dana kekayaan negara Arab Saudi, memberikan gambaran angka 2023.

    Pihak berkuasa kini berharap dapat mencecah 150 juta pelancong menjelang 2030, meningkat daripada sasaran awal 100 juta, dengan 70 juta daripada mereka datang dari luar negara, meningkat daripada sasaran awal 30 juta, katanya.

    Pelancongan merupakan elemen penting dalam agenda pembaharuan Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang bertujuan membantu pengeksport minyak mentah terbesar dunia itu beralih daripada bahan api fosil dan bersedia untuk masa depan pasca minyak.

    Tempat terletaknya tapak paling suci Islam di Mekah dan Madinah, Arab Saudi telah lama mengalu-alukan jemaah haji dan juga pengembara perniagaan, tetapi ia merasmikan visa pelancongan am hanya pada 2019, beberapa bulan sebelum wabak koronavirus menjejas industri di seluruh dunia. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda