Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS tangkap raja dadah Mexico ‘El Mayo’ Zambada

    MEXICO CITY, 26 JULAI – Ismael ‘El Mayo’ Zambada, tokoh penting dalam kartel Sinaloa dan antara raja dadah paling berpengaruh di Mexico, telah ditangkap di El Paso, sebuah bandar sempadan Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Peguam Negara AS, Merrick Garland mengumumkan penangkapan itu, kelmarin, yang turut melibatkan Joaquin Guzman Lopez, anak kepada bekas rakan kongsi Zambada dan ketua kartel terkenal Joaquin ‘El Chapo’ Guzman Loera.

    Menurut laporan media Mexico, kedua-dua Zambada dan Guzman Lopez menyerah diri kepada pihak berkuasa secara sukarela.

    Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS telah menawarkan ganjaran sehingga AS$15 juta untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan Zambada, 76 tahun.

    Zambada menghadapi pelbagai pertuduhan di AS, termasuk mengeluarkan kokain, heroin, methamphetamine dan fentanyl serta tuduhan membunuh dan penggubahan wang haram.

    “El Mayo dan Guzman Lopez menyertai senarai pemimpin dan rakan sekutu Kartel Sinaloa yang semakin meningkat yang diambil tindakan oleh Jabatan Kehakiman di AS,” kata Garland.

    Ovidio Guzman, seorang lagi anak lelaki El Chapo, telah diekstradisi dari Mexico ke AS pada September.

    El Chapo telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di AS pada 2019.  – Bernama

    Ismael ‘El Mayo’ Zambada, seorang pemimpin bersejarah kartel Sinaloa Mexico (kiri) dan Joaquín Guzmán López, anak kepada seorang lagi pemimpin kartel yang terkenal (kanan) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa AS. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda