Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN, India pupuk kesalinghubungan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    HYDERABAD, INDIA, 13 FEB – Sidang Kemuncak Belia ASEAN-India berfungsi sebagai platform untuk pemimpin muda terlibat dalam dialog mengenai pelbagai tonggak dalam kerjasama politik dan keselamatan, ekonomi, sosiobudaya dan cross pillar.

    Susulan kejayaan tiga sidang kemuncak yang telah dijalankan, India Foundation, ASEAN Foundation dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar (MEA), kerajaan India telah menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN-India kali ke-4.

    Tahun ini sidang kemuncak itu diadakan di Hyderabad, Telangana, Republik India. Sidang kemuncak lima hari itu berlangsung dari 12 hingga 16 Februari menyaksikan penyertaan 10 negara anggota ASEAN termasuk Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Laos dan Vietnam serta wakil India.

    Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Pembangunan Wilayah Timur Laut (DONER), kerajaan India, Tuan Yang Terutama G Kishan Reddy.

    Negara Brunei Darussalam diwakili oleh dua orang belia iaitu Setiausaha Agung Eksekutif, Majlis Belia Brunei (MBB), Awang Muhammad Alif bin Mursidi; dan Timbalan Bendahari MBB, Awang Muhammad Wa’ie Al-Syafiq bin Mohammad Shafiee.

    Antara peserta dari Brunei Darussalam yang ikut serta dalam persidangan tersebut.
    Amar Syahirah binti Haji Abdul Murad ketika menyampaikan pembentangan.
    Muhammad Syazwan Asnawi bin Rosman ketika menyampaikan pembentangan.
    TYT G Kishan Reddy menyempurnakan perasmian sidang tersebut.
    Suasana semasa majlis Sidang Kemuncak Belia ASEAN-India Ke-4.
    Antara delegasi-delegasi yang ikut serta dalam sidang tersebut.
    Peserta delegasi dari Negara Brunei Darussalam.
    Muhammad Alif bin Mursidi dan Muhammad Wa’ie Al-Syafiq bin Mohammad Shafiee ketika ditemu bual oleh media.

    Delegasi turut diwakili oleh lima belia tempatan iaitu Dayang Amar Syahirah binti Haji Abdul Murad, Awang Muhammad Syazwan Asnawi bin Rosman, Awang Muhammad Zahirul Aniq bin Supri, Dayang Nur Hazirah binti Mohd Sufian dan Dayang Nurul Izyan binti Anver.

    Semasa sesi pengenalan, delegasi Brunei berkongsi tentang latar belakang sejarah kesultanan, makanan, budaya dan adat resam tradisional, sukan, perkembangan terkini negara dan beberapa mercu tanda terkenal Brunei, gaya hidup dan lain-lain.

    Mengulas mengenai penyertaan mereka pada sidang kemuncak itu, Awang Muhammad Wa’ie menjelaskan dengan rezeki penyertaan yang diberikan, membuka peluang yang luas bukan sahaja kepada mereka tetapi juga belia lain yang turut serta dalam lebih memahami budaya, gaya hidup dan memperoleh pengetahuan yang lebih luas tentang negara ASEAN dan India.

    Dari sini, tambah beliau, ia mengembangkan lagi hubungan dan persefahaman bersama dalam pembelajaran bahasa, gaya hidup, tradisi, perkembangan semasa serta mempelajari lebih mendalam tentang ASEAN dan India.

    Semasa berada di Hyderabad, India, Awang Muhammad Wa’ie menjelaskan akan meneroka dan mempelajari lebih lanjut mengenai negara itu melalui pelbagai program dan acara yang telah digariskan yang direka khas untuk sidang kemuncak lima hari itu. Sidang kemuncak itu memudahkan pembelajaran pengalaman untuk belia serta melalui lawatan tapak dan lawatan kebudayaan, mempelajari lebih lanjut mengenai kebangkitan India sebagai negara maju dari segi teknologi bersama dengan warisan rohaninya.

    Tahun ini sidang kemuncak itu mengetengahkan pengukuhan perkongsian ASEAN-India di Indo-Pasifik sebagai tema utama. Dalam era hubungan serantau yang erat ini, belia ASEAN dan India perlu bersama-sama mengikut ketiga-tiga tonggak hubungan ASEAN-India terutamanya dalam bidang keselamatan politik, ekonomi dan sosiobudaya.

    Pada masa yang sama, sidang kemuncak itu membolehkan belia terlibat dalam dialog dan meneroka inisiatif baharu untuk meningkatkan lagi hubungan fizikal, ekonomi, digital serta sosiobudaya ASEAN-India.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda