Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asingkan berus cat berjenama Goldliner, daripada khinzir

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Berus cat berjenama Goldliner 850 bagi semua saiz yang telah dijual premis-premis perniagaan di Negara ini telah diarahkan untuk diasingkan penjualannya serta merta kerana didapati diperbuat daripada bulu khinzir hasil dari analisa Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan. 

    Kenyataan itu dikeluarkan kelmarin oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Syar’iah. 

    Berikutan dengan dapatan tersebut pengguna-pengguna berugama Islam di Negara ini adalah dinasihatkan untuk tidak membeli dan menggunakan berus tersebut.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama juga ingin mengingatkan kepada pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk dan barang gunaan di Negara ini agar sentiasa berhati-hati dan lebih peka terhadap produk-produk dan barang gunaan import yang akan dijual kepada orang ramai di pasar raya atau kedai masing-masing dengan memastikan semua produk adalah halal dan suci serta tidak bercampur dengan produk-produk yang tidak halal dan meragukan.

    Di samping itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai di atas maklumat berhubung perkara tersebut.

    Bagi yang ingin membuat aduan serta perkongsian maklumat mengenai penggunaan atau penjualan produk-produk tidak halal dan meragukan di tempat-tempat perniagaan bolehlah dibuat terus ke Jabatan Hal Ehwal Syar’iah melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal dengan menghubungi talian hotline 7166222 atau mana-mana pejabat Bahagian Kawalan Makanan Halal di setiap daerah.

    Berus cat berjenama Goldliner yang didapati diperbuat daripada bulu khinzir. – Gambar serahan Jabatan Hal Ehwal Syar’iah
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda