Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azarenka mahu kesamarataan untuk perlawanan akhir tenis wanita

    DUBAI, 21 FEB – Victoria Azarenka berkata kelmarin bahawa dia berharap Perlawanan Akhir WTA akan mendapat tempat yang ‘selayaknya’, selepas beberapa tahun pertubuhan tenis wanita menggantung semua kejohanan China.

    Bekas pemain nombor satu dunia dan juara Terbuka Australia dua kali itu juga menggesa pengumuman mengenai tempat berlangsungnya kejohanan tahun ini bagi membolehkan pemasaran yang lebih baik bagi acara utama jelajah itu.

    Kejohanan akhir musim menampilkan lapan pemain perseorangan terbaik dan lapan pasukan beregu terbaik. Mereka pada mulanya bertanding di bandar Shenzhen di selatan China setiap tahun selama 10 tahun, bermula dengan edisi 2019.

    Perjanjian dengan Shenzhen adalah pemecahan rekod dan pameran sulung 2019 yang menganugerahkan juara perseorangan Ashleigh Barty dengan hadiah bernilai A$4.42 juta, hadiah wangt tunai tertinggi pernah diberikan kepada pemain di mana-mana acara tenis bagi jelajah lelaki dan wanita.

    Tetapi wabak dan kesan daripada kehilangan pemain China Peng Shuai yang menyebabkan WTA menangguhkan operasi di China bermakna perlawanan Akhir jelajah tidak kembali ke Shenzhen sejak 2019.

    Peng, bekas pemain regu nombor satu dunia, tidak pernah dilihat di luar China sejak pertama kali membuat, dan kemudian menarik balik, tuduhan serangan seksual terhadap seorang pegawai berpangkat tinggi.

    Kejohanan WTA telah dibatalkan pada 2020 dan kemudian menemui tempat sementara di Guadalajara, Mexico, pada 2021, dan Fort Worth, Texas pada 2022.

    Perlawanan Akhir WTA di Fort Worth menyaksikan orang ramai, yang jarang berlaku, setelah hanya diumumkan pada lewat September, kurang dua bulan sebelum acara itu. – AFP

    Victoria Azarenka berharap perlawanan akhir kejohanan WTA akan berlangsung di tempat yang sesuai. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda