Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank RHB rai TBC

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Bank RHB di Brunei kelmarin mengadakan majlis rumah terbuka bagi meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang berlangsung di Hotel Parkview, Jerudong.

    Tetamu yang hadir terdiri daripada kakitangan, pihak pengurusan, serta para pelanggan RHB.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Brunei, Haji Ishak bin Othman dalam ucapannya antara lain berkongsi perkembangan RHB sebelum dan selepas COVID.

    Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dari kedutaan dan pesuruhjaya tinggi, para pelanggan, solisitor dan pembekal yang hadir pada majlis berkenaan untuk sama-sama me-rayakan sambutan TBC 2023 dan ini adalah merupakan peluang terbaik untuk bank mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada selepas beberapa tahun dibendung oleh penularan wabak COVID-19.

    Menurut beliau, sejak berpindah ke lokasi baharu di Kiarong, RHB telah berjaya menambah bilangan tenaga manusia yang terdiri daripada anak-anak tempatan. RHB juga merancang ke arah pendigitalan pada masa depan.

    Pada majlis itu, para tetamu berpeluang berinteraksi sesama mereka selain disajikan dengan hidangan istimewa.

    Haji Ishak menyambut TBC bersama para tetamu yang hadir.
    Para tetamu yang hadir disajikan dengan hidangan istimewa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda