Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kekalkan bekalan darah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai kempen-kempen derma darah yang akan diadakan oleh Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di negara ini.

    Pada 26 Oktober, kempen akan diadakan di Tingkat 5, Pavo Point, Jalan Kianggeh, Bandar Seri Begawan anjuran AIA Brunei bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang.

    Pada 27 Oktober, ia akan diadakan di Dewan Utama, Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana, Kampung Mata-Mata, Jalan Gadong bermula 8:30 pagi hingga 11 pagi, manakala itu, pada 28 Oktober di Aras Bawah, Pusat Membeli-belah Onecity, Kampung Salambigar anjuran Jolibee Brunei bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda