Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa bunuh tiga anak perempuan

    PERANCIS, 27 NOV – Seorang bapa di Perancis kelmarin mengaku membunuh tiga orang anak perempuannya yang masih kecil dan menyerahkan diri, kata pegawai pendakwa dan sumber polis.

    Lelaki berusia 41 tahun itu pergi ke balai polis di bandar pantai utara Dieppe “untuk melaporkan bahawa beliau telah membunuh tiga orang anak perempuannya,” kata pendakwa awam tempatan.

    Polis menemui mereka terkorban di rumahnya di bandar Alfortville, di pinggiran tenggara Paris.

    Pendakwa awam di pinggiran Paris, Creteil, mengesahkan ‘kematian tiga orang kanak-kanak perempuan berusia empat, 10 dan 11 tahun.’

    Dua orang kanak-kanak itu ditikam dan dibunuh, kata sumber polis. Mereka ditemui di bawah selimut, manakala yang seorang lagi dibunuh terbaring di sofa, menurut penemuan awal siasatan.

    Bapa kepada tiga orang anak perempuan itu sebelum ini telah disabitkan terhadap kesalahan keganasan rumah tangga pada tahun 2021, kata sumber yang rapat dengan kes itu.

    Perintah larangan terhadapnya telah dikeluarkan tetapi kemudiannya dicabut.

    Lelaki itu telah ditahan oleh polis, kata pendakwa. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda