Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Barty pemain pilihan merangkul gelaran di Terbuka Australia

    MELBOURNE, 16 JAN – Ashleigh Barty menjadi pemain pilihan utama untuk memenangi Terbuka Australia buat pertama kali apabila kejohanan bermula pada Isnin, walaupun dengan ketiadaan Serena Williams, pemain nombor satu dunia itu masih lagi menerima banyak cabaran daripada setiap sudut.

    Buat kali pertama dalam suku abad kejohanan Grand Slam tidak menampilkan adik-beradik Williams, Serena mungkin memburu untuk menyamakan rekod juara terbesar kali ke-24 tetapi dia tidak cergas untuk bermain.

    Dengan pemain juara bertahan, Naomi Osaka yang masih berusaha untuk bangkit semula selepas rehat yang panjang, pemain berusia 25 tahun, Barty muncul sebagai pemain pilihan utama di Melbourne Park. Dia diundi bertemu pemain pilihan ke-13, Osaka di pusingan 16 terakhir sekiranya kedua-dua pemain mara ke peringkat itu.

    Seperti Osaka, Barty tersingkir di pusingan ketiga Terbuka AS pada September lalu dan tidak bermain sepanjang tahun lepas, kembali ke Australia kerana ekoran penularan pandemik koronavirus.

    Tidak seperti bekas pemain nombor satu dunia Jepun, yang berjaya melepasi kejohanan peringkat pemanasan badan Melbourne, dia berkata “badannya mengalami kekejutan” bermain dalam perlawanan pertamanya selepas empat bulan, Barty sepertinya kembali untuk beraksi. – AFP

    Aksi pemain Australia, Ash Barty memukul pukulan kilas semasa latihan di Rod Laver Area menjelang kejohanan tenis Terbuka Australia, 16 Januari di Melbourne, Australia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...