Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas anggota Super Junior rasa diperdagangkan bapa sendiri

    Bekas anggota kumpulan Super Junior iaitu Han Geng mendedahkan pernah melalui waktu sukar ketika di awal kemunculan sebagai bintang kpop di Korea Selatan.

    Han Geng, 40, memberitahu tekanan yang dihadapi ketika menjalani latihan sebagai bintang kpop cukup membuatkan dia terfikir untuk mengambil nyawanya sendiri bagi menamatkan penderitaan dihadapi.

    Apatah lagi ketika itu dia turut mengalami masalah kewangan kerana perlu menghantar wang belanja untuk keluarganya di China. Lapor mStar.

    “Saya tinggal di sebuah asrama dan rasa sangat tertekan sehingga mengalami mimpi buruk setiap malam.

    “Saya hubungi bapa dan beritahu ingin bunuh diri… Tapi saya beruntung kerana semua anggota Super Junior sangat baik dan sering menyokong saya,” katanya.

    Han Geng memulakan latihan sebagai bintang kpop pada usia 19 tahun sebelum muncul bersama Super Junior pada 2005.

    Dalam pada itu, Han memberitahu dia pernah berasa jauh hati dengan bapanya ketika menandatangani perjanjian bersama syarikat pengurusannya di Korea Selatan. – Agensi

    Han Geng kini aktif sebagai pelakon dan penyanyi di China. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda