Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas isteri menang royalti 5 lagu ciptaan Virgoun

    Bekas isteri kepada Virgoun iaitu Inara Rusli berjaya dapat tuntutan pembahagian royalti terhadap lima lagu nyanyian penyanyi Indonesia berkenaan.

    Inara atau Inara Idola Rusli, 30, berkata, dia mendapat hak royalti itu selepas bercerai secara sah dengan Virgoun pada 10 November lalu.

    Lima lagu berkenaan adalah Surat Cinta Untuk Starla, Bukti, Orang Yang Sama, Titik Balik di Hidupku dan Saat Kau Telah Mengerti.

    Bagaimanapun kata ibu tiga cahaya mata itu, mahkamah tidak menolak pembahagian royalti itu bertambah jika terdapat lebih banyak lagu ditulis Virgoun yang menjadikan dia sebagai inspirasi.

    Dalam pada itu, Inara berkata, kemenangan itu turut menjadi sejarah di Indonesia kerana ini kali pertama isu royalti dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian pasangan bercerai.

    “Selepas ini pembahagian royalti akan dibahagikan kepada dua iaitu Virgoun dan saya, selama mana lagu itu dimainkan.

    “Hari ini dalam sejarah, pertama kali di Indonesia royalti merupakan subjek dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian suami isteri,” ujarnya menurut laporan mStar.

    Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun
    dan Terang Sharique Virgoun. – Agensi

    Inara mendapat hak royalti. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda