Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belanda rampas dadah bernilai 22 juta euro

    THE HAGUE, 26 JULAI – Pihak berkuasa Belanda berjaya merampas 3.2 tan methamphetamine bernilai lebih 22 juta euro, kata pejabat pendakwa raya, kelmarin.

    Pegawai kastam menemui hasil rampasan itu pada awal Mac di pelabuhan Rotterdam dalam sebuah kargo yang tiba dari Mexico dan ditujukan kepada sebuah syarikat di perkampungan selatan Den Hout, kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

    “Dadah berkenaan disembunyikan dalam bahan berpasir yang dicemari dengan tembaga dan PFAS (daripada sebatian polyfluoroalkyl),” sejenis bahan kimia tahan lama, kata pejabat pendakwa.

    Pihak berkuasa mengambil masa empat bulan untuk mencari jalan untuk memusnahkan methamphetamine itu, menyebabkan pengumuman itu ditangguhkan.

    Dengan berat melebihi 3.2 tan dan dengan nilai di pasar gelap berjumlah 22.4 juta euro, ia adalah rampasan terbesar meth kristal di Belanda setakat ini, kata pejabat itu.

    Seorang lelaki berusia 55 tahun dari Den Hout telah ditangkap dan kemudiannya dibebaskan namun kekal menjadi suspek utama dalam kes tersebut. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda