Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bellingham, Vinicius bantu Madrid benam Alaves

    MADRID, 15 MEI – Jude Bellingham dan Vinicius Junior memberikan inspirasi kepada juara Sepanyol, Real Madrid, selepas meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Alaves, awal pagi tadi.

    Pasukan kendalian Carlo Ancelotti meneruskan persiapan mereka untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara dengan membelasah pasukan pelawat dari Basque di Stadium Santiago Bernabeu.

    Bellingham membuka jaringan dan turut terlibat dalam tiga gol seterusnya buat Madrid yang dijaringkan oleh Vinicius, yang menunjukkan prestasi terbaiknya menjelang penghujung musim.

    Pemain remaja Turkiye, Arda Guler menambah gol kelima lewat untuk melengkapkan kemenangan bergaya Madrid dan melonjakkan mereka 17 mata di depan Barcelona yang berada di tempat kedua.

    “Kami hanya mengalami satu kekalahan dalam liga dan saya fikir sebahagian besar kejayaan adalah kerana (pertahanan),” kata Ancelotti kepada pemberita selepas perlawanan liga ke-30 berturut-turut pasukannya tanpa kalah.

    Madrid meraikan kejuaraan mereka dengan perarakan bas terbuka Ahad lalu tetapi dengan perlawanan akhir Wembley yang hanya tinggal lebih dua minggu lagi, tiada siapa yang membiarkan tumpuan mereka terganggu. – AFP

    Para pemain bagi kedua-dua pasukan beraksi semasa perlawanan di stadium Santiago Bernabeu di Madrid. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda