Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beribu-ribu berarak di Brussels tuntut gencatan senjata Gaza

    BRUSSELS, 22 JAN – Hampir 9,000 orang, menurut polis, menyertai perarakan di Brussels kelmarin, menuntut langkah konkrit dari Belgium untuk mewujudkan gencatan senjata segera di Gaza dan memastikan keadilan bagi rakyat Palestin.

    Sebagai presiden semasa Majlis Kesatuan Eropah (EU), Belgium terpanggil untuk memainkan peranan penting dalam mempromosikan penyelesaian yang adil terhadap konflik Israel-Palestin.

    Hari ini, Majlis Hal Ehwal Luar EU akan membincangkan situasi di Timur Tengah di Brussels. Seramai 27 menteri luar EU akan bertemu dengan Menteri Luar Israel, Israel Katz, sebelum perbincangan berasingan dengan diplomat tertinggi Pihak Berkuasa Palestin, Riyad al-Maliki.

    Perarakan kelmarin melibatkan gabungan pelbagai pertubuhan masyarakat sivil Belgium, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) utama. – Xinhua

    Orang ramai mengambil bahagian dalam demonstrasi untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin, menyeru kerajaan Belgium mengambil tindakan terhadap tindakan ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza, di Belgium pada 21 Januari lalu. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda