Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Majlis Persantapan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, malam ini, berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Pegawai-pegawai Keselamatan dan Pegawai Yang Beruniform serta Pertubuhan-pertubuhan Awam Yang Beruniform sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-77 Tahun di Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja.

    Terdahulu, Majlis Persantapan itu dimulakan dengan lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’, diikuti dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif/Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada para pegawai dan anggota pasukan beruniform yang terdiri daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Unit Simpanan Gurkha, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan serta Jabatan Penjara.

    Majlis turut dihadiri oleh ahli-ahli pertubuhan sukarelawan antaranya Kadet ABDB, Kadet PDB, Kadet Bomba dan Penyelamat, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).

    Majlis Persantapan bagi para pegawai dan pertubuhan-pertubuhan beruniform itu bertujuan untuk menghargai peranan penting dan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara, rakyat serta penduduk di negara ini.

    Berangkat dan hadir sama ialah pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, timbalan-timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, pehin-pehin manteri, manteri-manteri hulubalang, para perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam, setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta para pegawai kanan kerajaan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan beramah mesra dengan anggota pertubuhan awam beruniform semasa Majlis Persantapan bagi Pegawai-pegawai Keselamatan dan Pegawai Yang Beruniform serta Pertubuhan-pertubuhan Awam Yang Beruniform sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-77. Berangkat sama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berkenan berangkat ke Majlis Persantapan. Turut berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda serta kerabat diraja. – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, malam tadi, berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Pegawai-pegawai Keselamatan dan Pegawai Yang Beruniform serta Pertubuhan-pertubuhan Awam Yang Beruniform. Turut berangkat DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa berkenan beramah mesra bersama pegawai-pegawai keselamatan dan pegawai yang beruniform serta pertubuhan-pertubuhan awam yang beruniform. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Baginda Sultan semasa berkenan beramah mesra bersama salah sebuah pertubuhan awam yang beruniform. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel. – Gambar oleh Muiz Matdani
    YTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen turut berkenan beramah mesra bersama tetamu jemputan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah serta YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. – Gambar oleh Muiz Matdani
    ATAS & BAWAH: Turut hadir pada majlis itu ialah cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda