Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ke majlis sambutan puja usia

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana
    Menteri (JPM) kelmarin, berkenan berangkat bagi Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia ke-49 tahun yang dianjurkan oleh JPM.

    Berangkat sama pada majlis yang berlangsung di Bangunan JPM itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul
    Karib Pengiran Anak Haji Idris; Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan

    Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.
    Turut hadir ialah Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim; Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa dan Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota seterusnya dijunjung untuk bergambar
    ramai, sebelum berangkat ke Galeri Pesambah bertempat di East Wing, JPM.

    Majlis sambutan dimeriahkan dengan Majlis Memotong Kek Puja Usia dan seterusnya berkenan menerima kad sembah ucapan daripada JPM dan pesambah daripada 12 agensi yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi pendidikan tinggi dan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD).

    Sejurus selepas itu, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung berangkat ke Dewan Bankuet bagi majlis santap yang didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin
    Haji Yusof.

    Hadir pada majlis tersebut ialah timbalan-timbalan menteri, jemputan-jemputan khas serta pegawai-pegawai kanan dari JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Sempena Hari Ulang Tahun Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ke-49 tahun, JPM memohon keberkatan daripada Allah SWT dengan mengurniakan kesihatan, umur panjang dan kesejahteraan kehadapan majlis DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan juga kerabat diraja.

    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia ke-49 tahun yang dianjurkan oleh JPM.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berkenan berangkat ke majlis santap.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima pesambah. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan memotong kek puja usia. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan dijunjung bergambar ramai.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda