Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan terima keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Malaysia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang ini berkenan berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

    Pada sebelah malam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menghoskan Majlis Santap Malam di Istana Darul Hana sempena keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke negara ini.

    Turut sama berangkat ke Majlis Santap Malam tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, kelmarin, berkenan berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Negara Brunei Darussalam. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menghoskan Majlis Santap Malam sempena keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Darul Hana. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda