Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD, Jati Transport jalin kerjasama

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Dalam meraikan pelancaran Mercedes Benz GLC 2023 baharu, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah bekerjasama dengan Jati Transport Sdn Bhd dengan menawarkan promosi eksklusif untuk pelanggan Perdana bank tersebut.

    Jati Transport Sdn Bhd pada malam kelmarin telah memperkenalkan dua model baharu Mercedes Benz GLC, SUV dan Coupe dalam acara yang berlangsung di bilik pamerannya, di Beribi.

    Sehubungan itu, sebagai sebahagian daripada komitmen untuk memberikan ganjaran kepada para pelanggan atas kesetiaan yang berterusan, BIBD dengan sukacitanya mengumumkan bahawa bagi pelanggan-pelanggan yang membuat bayaran pendahuluan dengan menggunakan kad kredit BIBD, mereka boleh menukar transaksi tersebut menjadi ansuran bulanan enam atau 12 bulan melalui Pelan Pembayaran Mudah BIBD.

    Selain itu, para pelanggan boleh menikmati pengecualian yuran pemprosesan dan memperoleh mata hadiah melalui promosi itu, yang sah sehingga awal Disember depan. Tawaran ini hanya sah untuk transaksi sehingga $30,000.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pelancaran tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Jati Transport Sdn Bhd, Pengiran Anak Haji Ja’afar ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohd Alam; dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri. Turut hadir ialah ahli-ahli pengurusan kanan BIBD serta kakitangan-kakitangan bank tersebut.

    Pengiran Anak Haji Ja’afar semasa meraikan pelancaran Mercedes Benz GLC 2023 baharu di bilik pameran Jati Transport Sdn Bhd, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda