Saturday, May 18, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tiga kempen derma darah minggu ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan bekalan darah khususnya bagi golongan yang memerlukan, Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menerusi Jabatan Perkhidmatan Makmal akan meneruskan perlaksanaan kempen-kempen derma darah di sepanjang minggu ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, hari ini, pada 12 Oktober ini,kempen akan diadakan di Atrium, Kompleks Membeli-belah Onecity, Sungai Hanching anjuran SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd, dari 10 pagi hingga 3 petang.

    Manakala itu, dua kempen akan diadakan secara berasingan pada 15 Oktober iaitu di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei anjuran Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, bermula 10 pagi hingga 3 petang; dan di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS anjuran Persatuan Myanmar bermula 7:30 malam hingga 9 malam.

    Dalam pada itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk terus berkunjung ke Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi; dan 1:30 petang hingga 3:30 petang pada waktu bekerja sahaja.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi mana-mana kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002 atau WhatsApp 8775745, 7375745 dan 7175745 atau dengan menghantar e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan mengikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...