Saturday, October 5, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China catat 14.64 juta kunjungan warga asing pada separuh pertama 2024

    BEIJING, 5 JULAI – China mencatat 14.64 juta kemasukan warga asing bagi tempoh separuh pertama tahun ini, meningkat 152.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Pentadbiran Imigresen Kebangsaan hari ini.

    Jumlah kemasukan tanpa visa oleh pelancong asing melebihi 8.54 juta, menyumbang 52 peratus daripada perjalanan masuk dan menyaksikan peningkatan tahunan sebanyak 190.1 peratus, lapor Xinhua.

    tu berikutan langkah-langkah yang diperkenalkan pada Januari, menurut pihak berkuasa imigresen.

    Langkah-langkah itu bertujuan memudahkan kemasukan warga asing ke China untuk urusan perniagaan, pendidikan dan pelancongan.

    Itu termasuk dasar pengecualian visa yang diperluaskan, kelonggaran keperluan permohonan visa dan prosedur yang dipermudahkan serta pengecualian pemeriksaan sempadan untuk penumpang transit tertentu serta kemudahan pembayaran mudah alih bagi pelawat asing di China.

    Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, pihak berkuasa imigresen di seluruh China telah memproses 287 juta perjalanan masuk dan keluar, mencatatkan peningkatan 70.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Bilangan pelawat asing ke China dijangka terus meningkat pada separuh kedua tahun ini.

    Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Akademi Pelancongan China (CTA), sektor pelancongan untuk pelancong asing dijangka pulih sekitar 80 peratus daripada 2019. – Bernama

    Pelancong duduk di atas gondola di kawasan pelancongan Dalian, di wilayah Liaoning timur laut China pada 26 Jun lalu. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda