Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China hantar krew termudanya ke angkasa lepas

    BEIJING, 26 OKT – China melancarkan krew termudanya untuk stesen angkasa mengorbitnya pada hari ini ketika ia berusaha untuk meletakkan angkasawan di bulan sebelum 2030.

    Kapal angkasa Shenzhou 17 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di pinggir Gurun Gobi di barat laut China di atas roket Long March 2-F pada 11:14 pagi (0314 GMT)

    Menurut Agensi Angkasa Lepas China, purata umur kru tiga anggota itu adalah yang paling muda sejak pelancaran misi pembinaan stesen angkasa, lapor penyiar negeri CCTV sebelum ini. Purata umur mereka ialah 38, kata media negara China Daily.

    Beijing sedang meneruskan rancangan untuk menempatkan angkasawan di bulan sebelum penghujung dekad di tengah-tengah persaingan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mencapai pencapaian baharu di angkasa lepas. Ia mencerminkan persaingan untuk mendapatkan pengaruh antara dua ekonomi terbesar dunia dalam bidang teknologi, ketenteraan dan diplomatik.

    Ketiga-tiga mereka — Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin — akan menggantikan kru yang telah berada di stesen selama enam bulan. Tang ialah seorang veteran yang mengetuai misi angkasa lepas 2021 selama tiga bulan.

    Pada kelmarin, agensi itu juga mengumumkan rancangan untuk menghantar teleskop baharu untuk menyiasat jauh ke dalam alam semesta. CCTV berkata teleskop itu akan membolehkan tinjauan dan pemetaan langit, tetapi tiada tempoh masa diberikan untuk pemasangan.

    China telah meneliti pergerakan bintang dan planet selama beribu-ribu tahun manakala pada zaman moden, ia telah mendorong untuk menjadi peneraju dalam penerokaan angkasa lepas dan sains.

    Ia membina stesen angkasanya sendiri selepas ia dikecualikan daripada Stesen Angkasa Antarabangsa, sebahagian besarnya disebabkan kebimbangan AS terhadap kawalan program oleh Tentera Pembebasan Rakyat, cawangan tentera Parti Komunis yang memerintah. – AP

    Angkasawan China untuk misi Shenzhou-17, dari kiri, Jiang Xinlin, Tang Hongbo dan Tang Shengjie melambai kepada mereka yang hadir semasa upacara pelepasan untuk misi angkasa lepas dikendalikan mereka di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda