Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    City siap siaga hadapi Liga Juara-Juara

    MANCHESTER, 21 FEB – Misi Manchester City untuk akhirnya menakluki Eropah diteruskan esok apabila skuad Pep Guardiola bertandang ke RB Leipzig, tetapi semuanya tidak berjalan lancar untuk juara Inggeris itu di padang atau di luar padang.

    City nampaknya telah menunjukkan kemampuan untuk merebuti kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan pendahulu Arsenal 3-1 di tempat lawan minggu lalu, tetapi City kemudian tercicir dua mata setelah seri 1-1 menentang Nottingham Forest pada Sabtu.

    Mereka juga bermain tanggapan buruk selepas didakwa dengan lebih daripada 100 pelanggaran peraturan kewangan oleh Liga Perdana, sejak musim 2009/10.

    Pemain pertahanan, Kyle Walker menyifatkan kecuaian City membuatkan mereka terlucut daripada kedudukan teratas Liga Perdana pada hujung minggu lalu.

    Dengan defisit dua mata di tangga teratas, boleh bertukar menjadi lima sekiranya Arsenal memenangi perlawanan mereka menentang Everton.

    Erling Haaland menghadiri sesi latihan pasukan di padang latihan Manchester City di Manchester, barat laut England. – AFP

    Kekurangan konsistensi dalam persembahan City merisaukan Guardiola menjelang aksi dalam pertandingan yang paling mereka idam-idamkan.

    City tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara, manakala Guardiola, yang pernah memenangi trofi tersebut dua kali ketika menjadi pengurus Barcelona, belum mencapainya bersama City sejak 2011, musim kedua terakhirnya di Camp Nou.

    Menandatangani Erling Haaland dijangka menjadi usaha terakhir untuk memburu kejuaraan City di Eropah.

    Pemain Norway itu telah mencapai matlamat yang diharapkan daripadanya, dengan 32 gol dalam semua pertandingan. Namun kehadiran Haaland merupakan salah satu faktor yang digunakan untuk menjelaskan kemerosotan dalam standard kolektif City musim ini.

    Juara bertahan itu telah kehilangan 20 mata dalam 24 perlawanan, berbanding 21 mata dalam keseluruhan kempen 2021/22. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda