Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curi, khianat: Dua warga tempatan dipenjara

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Majistret Syaffina Shahif kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan kepada Johari bin Haji Jaya dan Nurul Shahrizam bin Jiwani, kedua-duanya warga tempatan berumur 35 tahun, kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan berpunca daripada kejadian di tempat letak kereta bawah tanah sebuah pasar raya di Mentiri pada 26 April lalu.

    Pendakwa Raya Ahmad Firdaus Mohammad menjelaskan di mahkamah bahawa kedua-dua mereka telah mencuri set pembesar suara dan preamplifier dari sebuah kenderaan.

    Ketika kejadian itu Johari telah merosakkan kunci kenderaan berkenaan. Dia secara bersendirian, turut mencuri sebuah kotak peralatan dari kenderaan yang sama.

    Polis kemudiannya telah dimaklumkan apabila pemilik kenderaan menyedari apa yang berlaku ke atas harta benda mereka. Rakaman kamera keselamatan dari pasar raya juga membantu dalam siasatan. Selain kes tersebut, kedua-dua defendan juga terlibat mencuri kenderaan dari sebuah bengkel di Tasek Lama pada 27 dan 28 April lalu.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda