Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    David Beckham tidak mengaku pernah curang

    Bekas wanita simpanan David Beckham iaitu Rebecca Loos, meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan bekas pemain bola sepak Manchester United itu menerusi dokumentari berjudul ‘Beckham’ yang disiarkan menerusi Netflix.

    Ia susulan David, 48, tidak bercakap jujur tentang hubungan sulit mereka pada 2004 dan seolah-olah berlagak mangsa dalam hal tersebut.

    Malah bekas model itu juga meminta bersikap jujur dan bertanggungjawab atas kesilapan dilakukan mereka berdua dan bukannya meletakkan kesalahan kononnya dia punca Victoria Beckham menderita.

    “Saya tahu dia ada air muka yang perlu dijaga. Tapi berlagak seperti mangsa dan membuatkan saya seperti pembohong dalam cerita ini bukan caranya.

    “Dia sepatutnya bertanggungjawab dengan apa dia lakukan bukannya menagih simpati orang lain,” luahnya.

    Rebecca Loos minta David berterus terang di dalam dokumentarinya. – mStar

    Menurut mStar, Rebecca sebelum ini pernah mendedahkan hubungan sulitnya dengan David yang mana ketika itu dia bertindak sebagai pembantu pemain bola sepak berkenaan.

    Dedah Rebecca dia dan David menjalinkan hubungan sulit selama empat bulan sebelum dia dipecat.

    Menerusi dokumentari tentang dirinya itu, David menyangkal curang terhadap Victoria malah menyifatkan isterinya itu adalah segala-galanya.

    “Saya tidak tahu bagaimana kami mengharungi perkara itu sejujurnya. Victoria adalah segalanya buat saya.

    “Melihatnya terluka sangat sukar, tapi kami adalah pejuang. Kami perlu berjuang untuk satu sama lain dan keluarga kami,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda