Saturday, May 18, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    D’Sunlit sumbang 200 tiket imagine Football Fiesta

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – D’Sunlit Sdn Bhd baru-baru telah menyumbangkan sebanyak 200 tiket kemasukan bagi menyaksikan pemain-pemain legenda Liga Perdana Inggeris (EPL) semasa imagine Football Fiesta, kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Tiket-tiket tersebut telah diserahkan oleh Ketua Sumber Manusia D’Sunlit Sdn Bhd, Seng Ngie Ting kepada Setiausaha Tetap di KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Sumbangan berkenaan bertujuan untuk memastikan individu yang layak serta ahli keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim berpeluang untuk memeriahkan majlis dan menyaksikan legenda EPL.

    Dengan tiket-tiket terjual dengan pantas, peminat bola sepak digalakkan untuk mendapatkan tempat duduk mereka sekarang untuk mengelakkan terlepas daripada menyaksikan acara luar biasa berkenaan. Pemain legenda EPL yang hadir termasuk Emile Heskey, Wes Brown, Vladimir Smicer, Patrik Berger, Luis Garcia dan ramai lagi.

    Kemuncak imagine Football Fiesta ialah perlawanan menarik antara DPMM FC dan Legenda EPL yang dijadualkan bermula pada malam esok.

    Dianjurkan oleh imagine Sdn Bhd bersama Oceanus Media Global, acara itu diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40.
    Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman Instagram rasmi imagine Football Fiesta, @imagine.bn.

    Gambar fail
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia

    BEIJING, 17 MEI - Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing...