Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua juruterbang maut selepas helikopter bertembung di barat Australia

    SYDNEY, 25 JULAI – Polis Australia mengesahkan kedua-dua juruterbang maut dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter di barat Australia pagi tadi, lapor Xinhua.

    Insiden berlaku berhampiran Mount Anderson Station di Camballin, sebuah bandar kecil di wilayah Kimberley.

    Perkhidmatan kecemasan dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira 6:20 pagi waktu tempatan hari ini.

    “Petunjuk awal menunjukkan bahawa dua helikopter malang itu bertembung sejurus selepas berlepas.

    “Kedua-dua helikopter hanya mempunyai seorang individu di dalamnya.

    “Malangnya, kedua-dua juruterbang iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun dan seorang lelaki berusia 30 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” menurut Pasukan Polis Australia.

    Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan menjalankan siasatan mengenai insiden itu. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda