Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Dua pekerja terbunuh akibat kaca pecah

    HANOI, 15 APRIL – Insiden kaca pecah di bangunan pencakar langit menyebabkan dua pekerja maut dan dua lagi cedera pada pagi hari ini, lapor agensi berita Vietnam.

    Semasa pekerja-pekerja itu memanjat bumbung kaca tingkap bangunan di daerah tengah Hoan Kiem untuk kerja pembaikan, kaca itu tiba-tiba pecah berkecai, menyebabkan mereka terjatuh.

    Kedua-dua yang maut dilaporkan berusia 23 dan 32 tahun, sementara dua lagi pekerja yang cedera dimasukkan ke hospital untuk rawatan, menurut pihak berkuasa tempatan.

    Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat kes itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...