Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ECOWAS bimbang penangguhan pilihan raya presiden di Senegal

    MOSCOW, 4 FEB – Suruhanjaya Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) kelmarin menyuarakan kebimbangan mengenai penangguhan pilihan raya presiden 2024 di Senegal dan menggesa pihak berkuasa menetapkan tarikh baharu bagi pilihan raya itu, lapor Sputnik.

    Media melaporkan Presiden Senegal, Macky Sall menangguhkan pilihan raya presiden yang sebelum ini dijadualkan pada 25 Februari, hanya beberapa jam sebelum kempen rasmi bermula.

    Presiden menandatangani dekri membatalkan undang-undang pilihan raya yang berkaitan, memetik pertikaian mengenai senarai calon sebagai punca penangguhan serta beliau akan melancarkan ‘dialog nasional untuk menyelaras syarat pilihan raya yang bebas, telus dan inklusif,’ beliau dipetik sebagai berkata oleh penyiar, Al Jazeera.

    Setiausaha Agung Senegal, Abdou Latif Coulibaly mengumumkan peletakan jawatannya berikutan penangguhan pilihan raya itu.

    “Suruhanjaya seterusnya menggesa seluruh ahli politik memberi keutamaan terhadap dialog dan kerjasama untuk pilihan raya yang telus, inklusif dan berwibawa,” kata ECOWAS menerusi satu kenyataan di platform X. – Bernama

    Sall selepas bertemu dengan Presiden Perancis di Istana Elysee, di tengah-tengah Sidang Kemuncak Pakatan Kewangan Global Baharu di Paris pada 23 Jun 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda