Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    EU umum bantuan kewangan AS$1 bilion euro untuk Lubnan

    BEIRUT, 2 MEI – Kesatuan Eropah (EU) hari ini mengumumkan bantuan kewangan untuk Lubnan sebanyak AS$1 bilion euro kira-kira AS$1.06 bilion yang akan digunakan untuk mengukuhkan kawalan sempadan bertujuan menghentikan aliran pencari suaka dan pendatang dari negara kecil yang dilanda krisis dari Laut Mediterranean ke Cyprus dan Itali.

    Perjanjian itu adalah susulan perjanjian baru-baru ini oleh EU untuk menyediakan dana kepada negara seperti Mesir, Tunisia dan Mauritania untuk mengukuhkan sempadan mereka.

    Ia berlaku di sebalik perbalahan yang semakin meningkat terhadap pelarian Syria di Lubnan dan peningkatan ketara dalam penghijrahan tidak teratur pelarian Syria dari Lubnan ke Cyprus.

    Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Ursula von der Leyen mengumumkan bantuan itu, yang akan diagihkan antara tahun ini dan 2027, semasa lawatan ke Beirut bersama Presiden Cyprus, Nikos Christodoulides.

    Von der Leyen berkata EU juga akan meneroka cara mengusahakan pendekatan yang lebih tersusun terhadap pemulangan sukarela ke Syria dengan kerjasama rapat bersama agensi pelarian PBB atau UNHCR dan menyeru lebih banyak sokongan antarabangsa untuk projek kemanusiaan dan pemulihan awal di Syria.

    Eropah juga akan terus mengekalkan laluan undang-undang untuk penempatan semula pelarian di Eropah, katanya.

    Perdana Menteri sementara Lebanon, Najib Mikati memuji pakej bantuan itu dengan mengatakan bahawa ‘keselamatan Lubnan merupakan keselamatan untuk negara-negara Eropah dan sebaliknya’.

    “Sebarang kemelut yang berkaitan dengan isu orang yang dipindahkan tidak akan terhad di Lubnan tetapi akan dilanjutkan ke Eropah untuk menjadi krisis serantau dan antarabangsa,” katanya. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...