Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Farahdhiya kesal lihat foto arwah bapa disunting

    Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya meluahkan rasa kesal apabila gambar arwah bapanya telah disunting untuk tujuan tidak baik.

    Kata Farahdhiya atau Nur Farahdhiya Mohd Amin, 39, dia enggan mendiamkan diri kerana perkara itu melibatkan insan tersayang dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

    “Bagi saya perbuatan itu sangat melampau, orang kalau usik saya, saya masih boleh bersabar… tapi selepas saya terima DM dari orang tak dikenali menyentuh mengenai arwah ayah saya, itu melampau!

    “Saya akan buat laporan polis sebab saya nak tahu siapa punya kerja. Saya nak tengok muka dia,” katanya kepada mStar.

    Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Farahdhiya memberitahu individu berkenaan telah menyunting sekeping foto memperlihatkan arwah ayahnya di atas kubur.

    Foto bapanya itu diambil daripada Instagram miliknya.

    Lebih menyakitkan hati apabila individu berkenaan menghantar semula foto yang telah disunting itu menerusi mesej peribadi atau DM di akaunnya.

    “Dia tak cakap apa… dia cuma hantar beberapa gambar membabitkan arwah ayah yang membuatkan saya menangis dan terketar-ketar.

    “Dia guna gambar arwah ayah saya di atas kubur. Gambar itu tidak boleh diterima akal sesiapa pun,” kongsinya. – Agensi

    Farahdhiya menangis lihat gambar kubur ayah disunting. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda