Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasa pertama KUTS beroperasi akhir 2027

    KUALA LUMPUR, 16 MEI – Fasa pertama projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), yang sedang dilaksana dan diselenggara oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) akan beroperasi menjelang akhir 2027.

    Projek KUTS, di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan perbelanjaan dianggarkan RM6 bilion daripada kerajaan negeri akan meminimumkan kesesakan lalu lintas sambil memacu produktiviti dan pertumbuhan ekonomi yang lebih besar.

    Eksekutif Kanan Promosi dan Perhubungan Awam Sarawak Metro, Muhammad Fahri Izzad Muhammad Yakup berkata Fasa 1 projek itu terdiri daripada tiga laluan transit iaitu Laluan Biru, Laluan Merah dan Laluan Hijau, yang meliputi jarak keseluruhan 69.9 kilometer dengan 35 stesen.

    Selain itu, Muhammad Fahri Izzad berkata Transit Aliran Autonomi (ART), tulang belakang projek KUTS akan beroperasi di landasan maya yang dikhaskan untuknya dan dijana oleh sel bahan api hidrogen dengan kelajuan operasi sehingga 70 kilometer sejam.

    “Lima unit ART pertama akan tiba pada Oktober ini, dan apabila ia beroperasi sepenuhnya, kami akan mempunyai 38 unit ART,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda