Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    G-Dragon disiasat berhubung dadah

    Penyanyi K-Pop G-Dragon dilaporkan telah dipanggil oleh polis atas tuduhan penyalahgunaan dadah.

    Memetik dari mStar, G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 35, telah dibawa ke Balai Polis Incheon, Korea Selatan pada kelmarin untuk siasatan.

    Bagaimanapun tiada tahanan dibuat terhadap bekas anggota kumpulan Big Bang itu.

    Wakil balai polis mengesahkan hal berkenaan namun enggan mengulas lanjut akan perkara tersebut.

    “Kami tidak boleh dedahkan sebarang maklumat kerana masih dalam siasatan,” jelas wakil berkenaan.

    Sementara itu pihak pengurusan G-Dragon iaitu YG Entertainment juga sedia maklum mengenai perkara itu dan sedia untuk memberi kerjasama.

    “Kami tahu tentang siasatan terhadap G-Dragon tentang kesalahan dadah. Kami sedang meneliti laporan berkenaan,” ujar wakil pengurusan. – Agensi

    Tiada penahanan dibuat terhadap G-Dragon. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda