Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Gambar Luna Maya berubah jadi nenek tua’

    Pelakon Indonesia, Luna Maya berkongsi pengalaman seram berdepan gangguan mistik ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Panggonan Wingit.

    Luna, 40, berkata, perkara tersebut mula disedari oleh seorang pemerhati aktiviti paranormal yang ditugaskan berada di set penggambaran bagi mengesan sebarang kejadian pelik.

    Kata Luna, meskipun kurang percaya dengan perkara tahyul namun dia sendiri dapat melihat perubahan pada wajahnya selepas kejadian tersebut.

    “Yanto (pemerhati aktiviti paranormal) beritahu ada yang mendekati dan mahu masuk ke dalam badan saya.

    “Ketika itu kami sedang merakamkan babak terakhir sekitar pukul 3 pagi… Saya ambil gambar di depan gua peninggalan zaman Jepun.

    “Sewaktu berehat saya lihat wajah saya dalam foto yang saya ambil nampak berbeza! Muka saya kelihatan seperti nenek tua,” katanya menurut mStar.

    Penggambaran filem tersebut diadakan di sebuah kawasan peninggalan era penjajahan Jepun di Bandung, Indonesia.

    Tambah Luna, meskipun sudah banyak kali berlakon dalam filem genre seram namun ini merupakan pengalaman pertama dialaminya.

    “Ini kejadian seram pertama berlaku pada saya. Akhirnya saya dapat mengalami sendiri pengalaman ini,” ujarnya. – Agensi

    Luna tidak serik menerima tawaran berlakon filem seram. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda