Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang haba di Maghribi ragut 21 nyawa dalam masa 24 jam

    RABAT, 26 JULAI – Gelombang haba di Maghribi telah membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dalam tempoh 24 jam di pusat bandar Beni Mellal, umum Kementerian Kesihatan Maghribi kelmarin.

    Jabatan meteorologi berkata suhu yang tinggi menjejaskan sebahagian besar negara Afrika Utara dari Isnin hingga Rabu, mencecah 48 darjah Celsius di beberapa kawasan.

    Di Beni Mellal, ‘majoriti kematian melibatkan orang yang menderita penyakit kronik dan warga tua, dengan suhu tinggi menyumbang kepada kemerosotan keadaan kesihatan mereka,” kata pengarah kesihatan serantau dalam satu kenyataan.

    Kementerian itu tidak dapat menyatakan dengan segera sama ada ia adalah angka kematian tertinggi yang direkodkan akibat gelombang panas di Maghribi.

    Beni Mellal, terletak lebih 200 kilometer ke tenggara Casablanca, masih mengalami suhu 43 darjah Celsius, kelmarin.

    Suhu dijangka menurun dalam beberapa hari akan datang, kata jabatan meteorologi. Di kawasan tumpuan pelancongan Marrakesh, ia dijangka turun 10 darjah pada Ahad. – AFP

    Seorang pengembala memeriksa telefon bimbitnya sambil duduk di atas tanah retak di empangan al-Massira di kampung Ouled Essi Masseoud, kira-kira 140 kilometer di selatan Casablanca, pada 6 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda