Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Ghana lapor kes pertama virus Marburg

    ACCRA, 18 JULAI – Dua kes yang melibatkan virus berbahaya, Marburg telah dikenal pasti di Ghana, penyakit seperti Ebola itu ditemui buat kali pertama di negara Afrika Barat, menurut pengumuman pihak berkuasa kesihatan kelmarin.

    Pada awal bulan ini, sampel darah telah diambil daripada dua individu di wilayah selatan Ashanti yang disyaki dijangkiti oleh virus Marburg.

    Sampel-sampel itu kemudian dihantar ke Institut Pasteur di Senegal yang mana mereka telah mengesahkannya melalui diagnosis, kata Perkhidmatan Kesihatan Ghana (GHS).

    “Ini adalah kali pertama Ghana mengesahkan penyakit virus Marburg,” kata ketua GHS, Patrick Kuma-Aboagye dalam satu kenyataan.

    Setakat ini, belum ada rawatan atau vaksin untuk mengekang virus Marburg, virus itu hampir sama berbahaya dengan Ebola. Sesiapa yang dijangkiti virus itu mempunyai gejala seperti demam panas dan mengalami pendarahan dari dalaman atau luaran.

    Sebanyak 98 orang disahkan dijangkiti virus itu ketika kes kontak terdekat kini masih lagi di dalam pengasingan diri, menurut kenyataan GHS, dengan rekod tiada kes Marburg telah dikesan di Ghana setakat ini.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata Guinea disahkan menerima satu kes jangkitan setelah penularan itu diisytiharkan pada September tahun lalu.

    Penularan jangkitan sebelumnya dan kes Marburg yang jarang berlaku di Afrika itu telah dilaporkan di Angola, Republik Demokratik Congo, Kenya, Afrika Selatan dan Uganda, menurut WHO.

    Virus Marburg boleh merebak daripada haiwan yang dijangkiti, termasuk kelawar.

    “Orang awam dinasihatkan agar menghindari gua-gua yang dihuni oleh koloni kelawar dan memasak semua produk makanan daging sebelum dimakan,” nasihat daripada pihak berkuasa kesihatan Ghana.

    Tambahan lagi, kepada sesiapa yang didapati mempunyai kontak dekat dengan orang dijangkiti, termasuk kakitangan perubatan, mestilah membuat pengasingan diri.

    Penyakit berjangkit itu menjejaskan kesihatan pesakit, ketika mereka mengalami demam panas tinggi dan sakit kepala yang teruk.

    Kadar kematian kes bagi jangkitan Marburg itu berada pada 24 hingga 88 peratus dalam penularan jangkitan sebelumnya, bergantung pada jenis strain virus tersebut dan pengurusan kes, kata WHO. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...