Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gigi Hadid ditahan bawa ganja di lapangan terbang

    Model antarabangsa, Gigi Hadid telah ditahan polis selepas didakwa memiliki dadah jenis ganja ketika bercuti ke Pulau Cayman pada 10 Julai lalu.

    Memetik dari mStar, Independent melaporkan Gigi bercuti bersama rakan-rakannya dengan menaiki pesawat persendirian ke pulau berkenaan.

    Bagaimanapun semasa melalui pemeriksaan pihak Imigresen di lapangan terbang, pegawai polis mengeledah bagasi miliknya dan menemui ganja di dalam beg.

    Susulan itu, model itu ditahan bersama rakannya dan dibawa ke pusat tahanan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

    Gigi juga dilaporkan sudah hadir ke mahkamah pada 12 Julai lalu dan mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dadah dan dikenakan denda sebanyak AS$1,000.

    Menurut dokumen mahkamah, ganja berkenaan dibeli secara sah di New York namun penggunaan bahan itu dilarang bagi tujuan perubatan.

    “Gigi membeli ganja secara sah di New York Citu dengan lesen perbuatan. Ia juga sah untuk kegunaan perubatan di Grand Cayman sejak 2017,” katanya. – Agensi

    Gigi Hadid ditahan kerana miliki ganja. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda