Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunakan talian alternatif Hospital RIPAS mulai 1 Februari

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Kerja-kerja menaik taraf sistem telekomunikasi yang baharu daripada Private Automatic Branch Exchange (PABX) ke Internet Protocol Private Branch Exchange (IP-PBX) akan dilaksanakan ke atas talian utama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) iaitu 2242424 bermula pukul 10 malam pada 1 Februari dan dijangka selesai pada 5 Februari.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, menyatakan bahawa kerja-kerja penaiktarafan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan komunikasi dan kecekapan operasi hospital dengan menggantikan daripada sistem lama ke teknologi terkini yang lebih sesuai mengikut keperluan semasa.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan talian alternatif bagi menghubungi Hospital RIPAS iaitu 2240000 sepanjang tempoh kerja-kerja menaik taraf itu dilaksanakan.

    Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah itu adalah sangat-sangat dihargai.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini, boleh melayari laman sesawang kementerian kesihatan, www.moh.gov.bn atau mengikut akaun media sosial rasmi, @mohbrunei atau menghubungi Talian Darussalam di 123.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda