Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Gunung berapi Ili Lewotolok meletus

    JAKARTA, 24 MAC – Gunung Ili Lewotolok di Indonesia meletus hari ini memuntahkan asap dan abu hampir satu kilometer ke udara dan mendorong pihak berkuasa mengenakan zon larangan di kawasan itu.

    Tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan akibat letusan itu, yang mencetuskan menara asap gunung berapi setinggi 700 meter di kawasan terpencil di negara kepulauan Asia Tenggara itu.

    Tetapi pihak-pihak berkuasa mengenakan zon pengecualian dua kilometer di sekitar kawah di wilayah Nusa Tenggara Timur dan menasihatkan penduduk berhampiran memakai pelitup muka untuk mengelakkan masalah pernafasan, kata Pusat Mitigasi Bahaya Vulkanologi dan Geologi.

    Ketua agensi geologi negara itu, Sugeng Mujiyanto memberi amaran kepada penduduk dalam satu kenyataan supaya berwaspada terhadap ‘potensi bahaya daripada aliran lahar dan awan panas’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -