Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Merapi meletus, muntahkan abu sejauh 3km ke langit

    PADANG, 3 DIS – Sebuah gunung berapi di barat Indonesia meletus hari ini, memuntahkan abu setinggi tiga kilometer ke langit, kata pegawai.

    Kepulan abu dari Gunung Marapi di pulau Sumatera dilihat berada pada ketinggian 3,000 meter di atas puncaknya, menurut ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia, Hendra Gunawan.

    Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau korban jiwa selepas letusan pada 2:54 petang waktu tempatan.

    “Kepulan abu berwarna kelabu dapat dilihat dengan intensiti tebal menuju ke arah timur,” kata Gunawan dalam satu kenyataan.

    “Letusan masih berterusan,” tambahnya.

    Gunung berapi itu, dengan ketinggian 2,891 meter, berada pada tahap amaran ketiga tertinggi dalam sistem empat langkah Indonesia dan pihak berkuasa mengenakan zon pengecualian di sekitar kawah Marapi.

    “Komuniti di sekitar gunung berapi Marapi dan pelancong tidak dibenarkan mendaki gunung Marapi dalam radius tiga kilometer dari kawah atau puncaknya,” kata Gunawan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda